Ayah Binatang! Rogol dan Oral Anak Gadis Sendiri
”Saya rasa hukuman ini wajar dikenakan tetapi ia adalah hukuman di dunia sahaja dan saya berharap ia memberi pengajaran kepada tertuduh dan pada masa yang sama menjadi ingatan kepada orang lain.”
Demikian tegas hakim Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas menjatuhkan hukuman penjara 40tahun dan sebatan 34 kali terhadap seorang pemandu lori yang menjadikan dua orang anaknya sebagai tempat melampiaskan nafsu serakahnya.
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman tersebut selepas lelaki berusia 39 tahun itu mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol dan dua tuduhan melakukan seks oral terhadap dua anaknya pada awal tahun ini.
Tertuduh mengaku merogol dan melakukan seks oral terhadap anaknya berusia 14 tahun di rumah mereka di Sungai Mati, Ledang, dekat sini kira-kira pukul 7 malam, 3 Januari lalu.
Dia turut mengaku atas tuduhan mengulangi kedua-dua perbuatan itu terhadap seorang lagi anaknya yang berusia 12 tahun di sebuah pondok di tepi Jalan Pulau Penarik, Sungai Mati kira-kira pukul 7 malam, 7 Februari lalu.
Dua pertuduhan rogol itu dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan manakala kesalahan melakukan seks oral dikemukakan mengikut Seksyen 377(c) kanun yang sama.
Hakim tersebut menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan 15 kali bagi setiap kesalahan merogol dan penjara 15 tahun dan sebatan dua kali atas setiap kesalahan melakukan seks oral.
Hukuman kedua-dua kesalahan tertuduh bagi setiap mangsa berjalan serentak tetapi hukuman membabitkan mangsa berusia 12 tahun diperintah dilaksanakan selepas selesai hukuman bagi kesalahan melibatkan kakaknya.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu mahkamah mengenakan hukuman yang ringan kerana dia sudah insaf dan bertaubat dengan kesalahannya serta mahu berubah menjadi insan yang soleh.
0 comments:
Post a Comment