orang minyak ditangkap

Tuesday, 11 June 2013 0 comments

BENTONG - Polis berjaya menyelesaikan misteri orang minyak yang digembar-gemburkan berlaku pertengahan tahun lalu menerusi pengakuan daripada suspek yang ditahan pada 14 November lalu.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, hasil siasatan ke atas suspek berusia 42 tahun dan berasal dari Tambunan, Sabah itu berjaya menemui bukti lelaki terbabit melakukan 13 kes melibatkan jenayah rogol, bunuh dan samun.


Menurutnya, suspek dipercayai melakukan enam kes rogol dan empat kes bunuh melibatkan lima kematian yang berlaku sejak Mac 2009 hingga 14 November lalu.
“Suspek yang kini masih ditahan reman sehingga 27 November dilaporkan tidak mempunyai masalah mental dan memberi kerjasama baik kepada polis yang menjalankan siasatan.“Selain 13 kes itu, polis juga sedang menjalankan siasatan melibatkan beberapa lagi kes pecah rumah yang dipercayai dilakukan suspek,” katanya.

 Beliau berkata demikian sebelum Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bentong di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, dekat sini.Abdul Aziz berkata, hasil siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah bekerja di kilang dan pencuci kereta, namun kemudiannya tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.Katanya, polis percaya dalam tempoh itu suspek menjalankan kegiatan jenayah yang dilaporkan.

 “Bagaimanapun sebelum penangkapannya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.“Menerusi bukti yang ada polis yakin dapat mendakwa suspek atas kes yang dilakukan selama ini,” katanya.Pada 14 November lalu, suspek berjaya ditahan di hutan belakang Taman Hussein, dekat sini, oleh tiga anggota polis berpangkat konstabel dan seorang orang awam ketika cuba meninjau kawasan perumahan di situ menggunakan teropong. Dalam kejadian itu, seorang anggota cedera di bahagian leher akibat dilibas dengan pisau Rambo oleh suspek.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 Buah Hatiku Sayang | TNB